Temuduga Pengurus Kes Gred 23 di PERKESO (2021) Secara dalam Talian
Assalamualaikum dan haluuu uolss..
Seperti yang dijanjikan aku akan share pengalaman iv untuk jawatan Pengurus Kes Gred 23.. cuma kali ni berbeza dari iv PERKESO yang lain. Kali ni iv dah secara atas talian. Aku ada lah terbaca komen dekat entry yang lepas.. ada yang tanya kalau iv online ni macam mana nak berdebat kan.. so actually iv PERKESO yang aku lalui kali ni berbeza da.. tiada lagi debat.. agaklah kan kalau nak debat juga secara atas talian.. macam mana nak mencelah.. kalau tambah lagi dengan talian internet tersekat-sekat haaa ambek kau.. panel pun sakit kepala.. tapi actually tak mustahil juga untuk berdebat secara atas talian ni atau secara virtual meeting.. tapi kena ada teknik nya lah kot..
Masa dapat panggilan temuduga ni sebenarnya aku baru beberapa bulan bekerja sebagai Penolong Pengurus Kes.. so aku assume soalan dia akan berkait mengenai program Return To Work.. tapi untuk group iv aku.. tak ada satu soalan pun mengenai RTW hahaha mungkin sebab nak berlaku adil dengan calon lain.. masa iv ne ada 2 orang rakan sekerja aku yang iv sekali cumanya dari bahagian lain lah iaitu bahagian faedah dan bahagian penguatkuasaan tak silap aku.. dan 2 orang lagi adalah calon luar PERKESO.
Untuk iv atas talian ne.. ada beberapa borang yang kita kena isi dulu dan kena emel semula kepada bahagian sumber manusia pada tarikh yang ditetapkan.. dan macam biasa la kena buat ujian IPS dulu.. dah selesai semua yang diminta baru lah pihak sumber manusia akan emel link temuduga tu pada kita.. so pastikan semua dokumen dan arahan dilengkapkan dan dipatuhi ya, kalau tak nanti tak dapat link untuk temuduga tu..
Selain tiadanya perdebatan dalam temuduga kali ini, jumlah calon temuduga juga dikurangkan dalam lingkungan 5-6 orang (kalau tak silap lah sebab dah ingat-ingat lupa.. haha) dalam satu sesi temuduga. Soalan-soalan temuduga juga sangat berbeza berbanding dengan temuduga secara bersemuka. Kali ini soalan temuduga berbeza bagi setiap individu, namun ada juga beberapa soalan yang diberi untuk semua calon bagi jawapan mereka.
Berikut adalah lebih kurang contoh-contoh soalan masa iv hari tu:
1. Introduce yourself (wajib)
2. Apakah perkara yang boleh ditambah baik dalam sistem MyFutureJobs?
3. Macam mana kita nak luaskan perkhidmatan MyFutureJobs ni dalam pelbagai lapisan masyarakat?
4. Program Malaysianization.
5. Karnival Kerjaya: Datang iv ramai tapi yang lulus iv tu sedikit. Apakah cara untuk buatkan calon yang lulus iv tu meningkat?
6. Bagaimana kamu lihat PERKESO pada 5 tahun akan datang? (soalan ni untuk semua calon)
Sebenarnya ada banyak soalan yang aku tak ingat tapi ini adalah antara contoh soalan masa iv hari tu. Soalan pun sebenarnya pada aku adalah lebih kepada melihat bagaimana calon menjana idea. Kalau tengok balik semua soalan-soalan ni macam sangat sedikit mengenai fakta dan banyak yang berbentuk pendapat kita sendiri. Kemungkinan panel nak melihat sejauh mana kita boleh menghasilkan idea-idea yang bernas, yala dah jawatan pun gred 23 kena lah nampak kecerdasan dan kematangan dalam menjawab soalan.
Itu sahajalah yang dapat aku kongsikan pada kali ni sebab kepala otak ni tengah prepare nak iv sebenarnya.. so tak banyak idea sangat hari ni hahahaha.. tapi sebab nak share iv kali ne sebelum my next iv dalam minggu depan, digagahkan juga la otak ini memerah dan mengingat kembali pengalaman iv masa tu..hehehe..
Sampai disini saja jari-jari aku menaip.. to those yang ada iv PERKESO this month.. good luck to you all.. next entry aku akan share 2 pengalaman iv aku dengan sebuah farmasi dan sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS).. stay tuned..
To be continued..
0 comments