Ujian Psikometrik 2017
Assalamualaikum dan haluuuuuu Malaysian !!
Amboi.. mcm terlebih semangat pulak sis kali ne.. hihihihi.. ne sebab housemate sis la yg buat sis semangat nak tulis pasal benda ne.. hehe.. mulanya dah lupa pun pernah ambil ujian ne.. haih.. skrg baru teringat balik bila housemate ckp psl benda ne.. bila ingat balik rasa mcm ada kebuduhan juga la masa tu sbb baru sekarang dpt belajar dengan lebih banyak bab-bab ujian psikologi dan etc.. haha..
So basically ujian biasanya menjadi cara untuk mendapatkan maklumat, data
atau bukti yang diperlukan untuk penilaian dan penaksiran.. ujian adalah salah
satu alat yang penting dan teknik yang boleh digunakan dalam mana-mana sistem
peperiksaan atau penilaian yg digunakan bertujuan untuk mengukur kebolehan seseorang dalam perkara yang ingin diukur.. sama la mcm apa yang dilaksanakan oleh SPA dan pelbagai sektor pekerjaan contohnya mcm ujian kemasukan online yg sekarang ne mana-mana jawatan pun tak kisah apa-apa gred sekalipun kena ambil juga.. dan juga ujian psikometrik contohnya.. kenapa? Sebab mostly nak tahu pasal personaliti dan kebolehan diri kita.. haaa.. cakap bab personaliti ne mmg sis suka.. bila nak jawab ujian ne.. banyak aspek yang akan diambil kira.. dan soalan-soalan dia pun tak ada yg betul atau salah so jgn risau.. hehehe..
Sukatan Peperiksaan Psikometrik SPA
1. Personaliti
2. Motivasi
3. Kejujuran
4. Integriti
5. Kebolehan Sosial
6. Kestabilan Emosi; dan
7. Disiplin
Ramai juga tertanya-tanya kan mcm mana cara nak jawab ne.. termasuklah housemate sis.. haha.. dia pya nervous masyaAllah.. aura dia tu dengan sis sekali ikut nervous weyhhhh.. hahahaha.. nasib baik sis masih simpan contoh-contoh soalannya.. boleh la cik housemate sis praktis jawab.. satu tips yg sis rasa penting masa nak jawab soalan-soalan psikometrik ne.. iaitu jujur.. jujur maksudnya jadi diri anda sendiri masa nak jawab tu.. sbb ujian tu nak tgk personaliti kita kan.. klu boleh jawab soalan tu sendiri.. ye la ujian tu nak tgk personaliti kita xkan nak bg org lain jawab pula.. hahaha.. don't try to faking good or faking bad.. sbb ada ujian personaliti ne diorang ada skala kejujuran.. haaaaa.. dalam skala tu boleh tgk masa kita jawab tu kita jujur atau tak.. klu tak jujur maka tak valid la hasil ujian yg kita jawab tu.. soalan psikometrik ne boleh tahan banyak.. tp jgn ambil masa terlalu lama nak jawab.. dan jangan juga terlalu cepat.. baca dan fahamkan soalan dengan berhati-hati dan tenang sbb soalan dia tricky sikit.. hehehehe..
Soalan-soalan dia mcm sis cakap.. tak da betul dan salah.. yg penting jawab ikut diri sendiri.. contoh-contoh soalan yang sis pernah jawab adalah.. jeng jeng jenggggg..
1.
Saya amat mudah berasa takut
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Tidak pasti
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
2.
Saya suka apabila ada ramai orang di sekeliling
saya
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Tidak pasti
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
3.
Saya sanggup memanipulasikan orang lain untuk
mendapatkan apa saya mahu
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Tidak pasti
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
4.
Saya kadang kala merasakan diri saya tidak
berguna langsung
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Tidak pasti
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
5.
Saya sukar untuk menahan kemahuan saya
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Tidak pasti
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
6.
Saya selesa dengan rakan sepasukan yang
menyukai saya
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Kurang setuju
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
7.
…boleh memahami perasaan orang lain
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Kurang setuju
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
8.
Saya sukar memenuhi kehendak rakan sepasukan
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Kurang setuju
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
9.
…cuba untuk mengurangkan beban tugas saya
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Kurang setuju
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
10. Saya
sentiasa memikirkan cara untuk disenangi
¨ Sangat tidak setuju
¨ Tidak setuju
¨ Kurang setuju
¨ Setuju
¨ Sangat setuju
p/s: adalah lebih baik sekiranya korg semua boleh kenal dulu personaliti diri sendiri sebelum jawab ujian ne.. ^^,
0 comments