Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Assalamualaikum dan hai.. ^_^


Lama da tak update blog.. Sejak habis konvo hari tu.. Sis da jarang dan tak ada masa nak update blog.. Ye la.. Da habis study mestilah sibuk nak cari kerja kan.. Nak cari duit.. Nak bayar itu bayar ini.. Lagi-lagi nak bayar PTPTN.. Kan.. Hehehe.. Jadi hari tu sis dapat panggilan Program Assessment Centre (PAC) untuk jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Dulu sis pernah juga dapat panggilan temuduga SPA untuk latihan separa perubatan tapi tak da pun PAC bagai.. Mula-mula sis pun tak tahu apa benda la PAC ne kan.. Lepas kaji punya kaji baru tahu PAC tu macam mana. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mewajibkan bakal-bakal penjawat awam melalui PAC sebelum melalui proses temuduga. Jadi buat yang masih tertanya-tanya tu proses perjalanan PAC tu macam mana boleh la dapat gambaran lepas sis terangkan semuanya.

First of all, sis nak tekankan pasal pemakaian pada hari kejadian dan setiap calon perlu menepati masa. PAC Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 hari tu diadakan pada 25 April 2017 sehingga 4 Mei 2017 seluruh Malaysia dan PAC ne berlangsung selama sehari je pun bagi setiap jajahan atau daerah. Kalau dalam jadual yg kamu terima tu bagitau PAC bermula pada pukul 7.00 pagi, cubalah datang lebih awal. Hari tu sis datang pukul 6.30 pagi, tengok-tengok je dewan dah penuh.. Mak aih.. Nampak bersemangat saingan-saingan sis hari tu.. Heheheh.. Lepas tu pemakaian tu biarlah pakaian yang formal.. Jangan la pakai seluar jeans, t-shirt dan selipar.. Pakai la pakaian yang sesuai contohnya pakaian perempuan pakailah baju kurung dan kasut bertutup yang sesuai. Bagi yang lelaki pakailah baju kemeja dan kasut kulit.. Jangan pakai kasut Converse yang berwarna warni pulak yerr..

Hari kejadian PAC tu datang awal supaya taklah gementar sangat kalau lewat kan.. Datang je isi borang terus, dapatkan nombor badan dan siapkan apa yang perlu.. Dalam PAC ne tak da main sebut-sebut nama, tapi setiap calon akan dikenali dan dipanggil mengikut nombor badan. PAC Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ada EMPAT(4) aktiviti yang utama..

1. Tayangan Video & Ujian Psikometrik

Untuk aktiviti yang pertama ne.. Selesai sahaja urusan pendaftaran, semua calon-calon PAC akan diberi sedikit taklimat mengenai PAC dan tayangan video mengenai JKM. Lepas tayangan video tu calon-calon PAC akan diedarkan borang Ujian Psikometrik. Ujian psikometrik ne tujuan dia untuk melihat personaliti setiap calon. Lepas dah jawab ujian tu, semua calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Yes.. PAC ne semua aktiviti berkumpulan.. Sebabnya diorang nak tengok kerjasama kita dengan ahli kumpulan macam mana..

2. Daya Penyelesaian Masalah @ Kajian Kes

Dalam aktiviti yang kedua pula, setelah dibahagikan dalam kumpulan, calon akan diberi sebuah contoh kes dan akan diminta untuk dibincangkan sesama ahli kumpulan mengenai kes tersebut dan cari penyelesaian kepada kes tersebut.. Contoh kes seperti ibu tunggal, penderaan wanita dan sebagainya.

3. Simulasi @ Role Play

Untuk aktiviti yang ketiga adalah aktiviti simulasi @ role play.. Haaa yang ne kena banyakkan membaca.. sebab aktiviti ketiga ne kita akan di beri peranan mengikut "jawatan".. Antara jwatannya adalah seperti Pegawai JKM, Pegawai Pendidikan, Pegawai Psikologi, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.. Jadi banyak pengetahuan pasal jawatan-jawatan ne semua adalah satu kelebihan.. Setelah diberi jawatan, akan di beri satu permasalahan pula.. Calon-calon sebagai pegawai yang berkenaan perlu mengadakan mesyuarat untuk membincangkan apakah penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Contoh permasalahan adalah seperti isu kemiskinan, penderaan dan sebagainya.

4. Group Discussion

Group discussion is the last activity and fully conducted in English. Your group will be given a title in activity 1 to be discuss in activity 4 so you and your group can prepare points for your discussion. Use your time wisely to find more information about your discussion for your last activity. Usually the title given will be based on your group number. The titles for group discussion are general knowledge for example public transport, family, society and etc. The way your group discussing the issue will be depends on your panel whether in debate style or forum will be decided by your panel. But there are some panel will let your group to decide how your group want to discuss the issue.

Okay haaa.. Yakin sis write in English.. Mula-mula discuss tu memang la rasa lidah terbelit-belit sebab nervous punya pasal. Tapi lama-lama discuss lidah jadi ringan la sebab dah yakin.. Salah grammar apa semua tu belakang kira.. Hahahah.. Apa yang penting.. Kau yakin sak bha.. Sebelum sis dapat panggilan PAC untuk Pegawai Pembangunan Masyarakat ne.. Sis ada ambil ujian online untuk Jawatan Pegawai Penerangan S41.. Sehari sebelum PAC Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ne.. Sis dapat pula panggilan PAC Pegawai Penerangan S41. Tapi PAC Pegawai Penerangan kali ne berbeza dengan Pegawai Pembangunan Masyarakat walaupun gred jawatan tu sama..  Tapi sis tak lepas pun PAC Pegawai Penerangan S41 tu.. Huhuhu.. Bukan rezeki.. So itu sahaja la perkongsian sis kali ini.. Daaa..

Updated: InsyaAllah.. ada masa free nti sy akan share pasal interview nya pulak ^^,

16 comments

  1. terima kasih sis infonya ^^

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing. This really helps me a lot for the pac

    ReplyDelete
  3. Tq.. Info sis sgt2 membantu..

    ReplyDelete
  4. thanks alot sis for the wonderful sharing

    ReplyDelete
  5. Masa buat aktiviti tuh fon boleh bawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh.. klu nak guna fon untuk dptkan maklumat guna masa waktu rehat yg dorg berikan.. sama jugak mcm interview.. fon mmg tak dibenarkan.. guna fon depan panel akn bagi bad impression.. so better fon letak tepi swaktu aktiviti atau better jgn bawa terus masa masuk bilik aktiviti mahupun temuduga..^^,

      Delete
  6. salam sis, ms public speaking tu kite kne cakap by group ke sorang-sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sis, masa sy pac dlu untuk jawatan ne xda public speaking, tp masa pac untuk jawatan pegawai penerangan s41 ada public speaking secara individu depan kumpulan kita. Hrp dpt menjawab persoalan sis.. ^^,

      Delete