Assalamualaikum dan haluuuu uolsss...
Agak lama sudah sebenarnya aku tidak update blog ini sebab sudah terlalu sibuk dengan hidup dan virus ahahahaha.. so here I am.. back to sharing my experience with uolsss..
Kalau tengok balik last entry aku tu pasal PAC bagi PPMS41 kan.. dukacitanya aku tak berjaya PAC tu.. sedih kejap ahahahah.. kali ni aku nak share pengalaman temu duga dengan PERKESO untuk jawatan Pengurus Kes Gred 23, Penolong Pengurus Kes Gred 19 dan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 pada 23 September 2020 secara fizikal. Yes I know masa ni virus tengah mana-mana rancak berleluasa.. but iv tetap iv ahahaha..
Masa COVID-19 tengah melanda tu iv masih macam sebelum ini bezanya temuduga tu dijalankan mengikut SOP.. penjarakkan sosial, sentiasa pakai mask dan etc. Temuduga masa tu dekat Pejabat PERKESO Negeri Sabah, Kota Kinabalu dan aku pulak stay dekat Lahad Datu guys so bila datang dari jauh ni kena la pula cari hotel untuk stay sebelum temuduga tu kan. Nasib baik la masa ni tak susah sangat nak cari hotel.
Tak mau cerita panjang-panjang yang tak berapa penting sebab benda dah berlalu usah dikenang.. ahahaha.. nak cerita pasal dapat emel panggilan temuduga PERKESO.. tapi masa ni terkejut sebab panggilan iv untuk tiga jawatan terus.. so ada kekeliruan sikit masa awal-awal tu, aku pun call la urusetia masa tu.. dia cakap 3 jawatan ni iv sekaligus terus.. bukan 3 kali iv tau.. 1 kali iv untuk 3 jawatan terus..
Dipercepatkan cerita sampai ke hari kejadian, masa nak mendaftar tu actually iv ikut turutan nama.. so kena tunggu turn untuk kena panggil masuk ke ruangan pendaftaran temuduga sebab mengikut SOP kapasiti premis tapi make sure datang awal sikit supaya tak terlepas apa-apa perubahan atau pengumuman dan supaya tak nervous la..
Sampai giliran aku dekat pendaftaran tu sekali lagi aku tanya la pasal 3 jawatan ni iv dia macam mana.. urusetia yang ada masa tu cakap iv ni memang sekaligus tapi nanti kalau lulus iv akan dapat salah satu jawatan ni la.. ikut la mana yang PERKESO nak bagi nanti. Masa ni aku positif la mungkin sebab COVID-19 kan so diorang nak cepat iv la 3 jawatan sekali.
Macam biasa temuduga PERKESO ni memang akan dibuat secara berkumpulan ya gaisss.. kecuali untuk jawatan-jawatan gred tinggi. Masa iv ni bukan gred 23 dan 19 saja yang ada tau, ada gred 24 dan ke atas juga iv masa ni dan nampaklah calon-calon iv tu semua masuk sorang-sorang. Giliran aku iv macam biasa juga selalu dalam kumpulan yang terakhir. Hahahahha.. hmmm..
Dalam satu kumpulan akan ada 10 calon yang ditemuduga oleh 3 orang panel. Salah sorang panel tu adalah panel iv yang lepas iaitu Encik Roshaimi dan sorang lagi Puan Rosmahwati. Kalau korang dah buat research pasal jawatan yang aku nak temuduga ni, korang akan familiar dengan dua nama hebat ni. Seperti biasa juga aku akan share apa intipati dalam temuduga tu. Let's go!
1. Introduce yourself and what is your biggest achievement.
Guyssss ini soalan bocor untuk semua iv dekat mana-manapun so anggap la ini satu bonus untuk korang skor iv ni. Praktislah sebaik mungkin bab introduce yourself ni tak kisah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sekalipun. Dari sini juga korang boleh bina first impression yang baik depan panel tau. So pergi praktis selalu sebelum iv okay?
2. Debat "OKU Mental layak atau tidak untuk diberi peluang pekerjaan".
Macam biasa PERKESO memang suka debat, mungkin untuk lihat keyakinan diri dan lontaran idea kita macam mana. Tu pandangan aku la. 10 orang calon akan dibahagi 2 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk bincang idea. So berdebatlah kalian. Macam kami hari tu group kami hangat sikit so bagi aku best la cuma masa yang tak cukup jadi terpaksalah encik Roshaimi mencelah.. ahahahaha..
3. Produk PERKESO.
Soalan yang ketiga ni panel bagi pilihan siapa nak jawab kena angkat tangan dan sorang saja boleh jawab masa ni jujur aku tak yakin nak jawab so aku tak angkat tanganlah.. soalan last dari panel adalah "huraikan satu produk PERKESO yang kamu tahu" dan last skali panel bagi peluang kepada sesiapa yang nak tanya soalan. Since masa tu dah petang sangat dan nak bagi ruang bagi group akhir, kami tak tanya soalan la.
Begitulah intipati temuduga yang aku hadiri pada 23 September 2020. Nasib baik ingat lagi macam mana temuduga masa tu hahahaha. Keputusan iv ni keluar pada bulan April 2021 dan aku akan cerita dekat entry seterusnya nanti.. sekarang nak siap-siap nak masak makan malam untuk suami.. 😌
To be continued...
0 comments