Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 PERKESO

Assalamualaikum dan haluuuuu semua..



Sejak sis ne da macam tak ada benda lain nak buat, sis tetiba rasa rajin mau share segala macam pengalaman sis sebab sebelum ne sis pernah pergi PAC untuk Pegawai Penerangan S41 tapi sis tak tulis, akibatnya sis tak ingat sangat da macam mana PAC masa tu.. (sigh~~)..

Okay so back to the title pada kali ne.. beberapa hari yang lepas sis menghadiri temuduga Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO) PERKESO. Honestly, sis tak pernah pun pergi temuduga PERKESO ne dan sis assume ianya berbeza dengan temuduga-temuduga SPA yang lain (sebab sebelum ne selalu tanya dgn kawan yang pernah iv dengan PERKESO). Apa tu ESO? Okay jom baca nota yang kawan sis share dgn sis sehari sebelum iv ne sebelum sis cerita pasal interview (thank you Vit, i love you muah muah 😂)..

Peranan ESO :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN ATAU EMPLOYMENT SERVICE OFFICER (ESO) dibahagikan kepada dua iaitu pegawai perkhidmatan pekerjaan (ESO) dan pegawai employment enhancement (EEO) yang akan membantu ORANG BERINSURANS (OB) untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran dan peluang pekerjaan yang ada atau disediakan oleh majikan.

2. Umumnya:

  • ESO membantu dalam Program Penempatan Pekerjaan dengan menggunakan kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula.
  • ESO juga akan mengendalikan Kaunseling Kerjaya yang merupakan Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.


3. ESO akan membantu Pegawai Insurans Pekerjaan / Employment Insurans Officer (EIO) untuk memantau OB yang menuntut insurans pekerjaan telah menunjukkan usaha mencari pekerjaan berdasarkan dokumen sokongan atau bukti yang dikemukakan oleh OB. Permohonan pekerjaan yang diusahakan oleh OB secara walk in interview atau secara online.

4. Selain itu, ESO  akan berhubung dengan majikan untuk mendapatkan maklumat jawatan kosong dan membantu majikan untuk mendapatkan tenaga kerja dengan segera dan jawatan ini digelar sebagai Employment Enhancement Officer (EEO)  akan menjadi pemudahcara atau orang tengah yang akan mengumpulkan majikan dalam satu tempat dan mengadakan temuduga setiap bulan untuk OB. Perkara ini dapat membantu OB untuk datang ke temuduga dalam kadar segera dan mendapat jawapan mengenai temuduga tersebut dengan segera.

5. ESO juga akan menjadi educator yang akan memberikan kaunseling kerjaya dan membantu dalam penyediaan resume kepada OB bagi membantu OB dalam usaha pencarian pekerjaan.

6. ESO turut berperanan sebagai penolong pengurus kes yang akan membantu pengurus kes Return to Work dalam usaha penempatan pekerjaan terhadap OB yang telah menuntut faedah di bawah akta 4 sama ada dari segi bencana pekerjaan atau keilatan.

7. Program Return to Work merupakan program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seharusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat.

8. ESO akan menjalankan kerjasama dengan universiti untuk menggalakan para pelajar dalam penempatan pekerjaan sejurus tamat pengajian dengan kadar segera.

9. Kesimpulannya, ESO akan mengendalikan OB yang kehilangan pekerjaan dan menuntut faedah   SIP, OB RTW yang terdiri orang kurang upaya dari segi fizikal dan mental, orang awam (public) dan para pelajar universiti untuk tujuan penempatan pekerjaan. Perkara ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara Malaysia khususnya dan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.


Selain dari PAC, sis memang tak pernah pergi temuduga secara berkumpulan macam temuduga PERKESO kali ne. Kali ne dia punya pengalaman memang lain dari yang lain la bagi sis. Lagi lain dari yang lain tu bila sis tak rasa nervous pun pegi interview ne..siap boleh terlelap sekejap pula sementara tgu giliran masuk bilik temuduga (heee.. sis tak cukup rehat😬😬)

Dengar cerita dari kawan-kawan lain, PERKESO ne memang selalu buat interview secara berkumpulan dan memang betullah sbb sis dah pernah pegi kan.. satu pengalaman baru sebab masa tu la kita boleh nampak kelemahan diri sendiri compare dengan orang lain tp masih ada baik dan buruknya la..

Interview tu berlangsung selama dua hari di Wisma PERKESO Kota Kinabalu iaitu pada 21 November dan 22 November 2019. Untuk hari pertama tu kawan sis ada dapat juga info pasal interview ne, jd untuk dibandingkan dengan hari interview sis tak banyak perbezaan pun heee..

Soalan interview hari pertama

1. Introduce yourself and why PERKESO should hire you for this position?
2. Apa cara untuk menarik penduduk di Sabah untuk bekerja di Semenanjung? (lebih kurang macam tu la.. ha..)
3. Sanggup ka tidak untuk berpindah ke Semenanjung?

Soalan interview hari kedua

1. Introduce yourself and why PERKESO should hire you for this position?
2. Kadar pengangguran siswazah di Sabah meningkat disebabkan sikap siswazah itu sendiri. (Debat)

Memandangkan sis adalah group yang terakhir, panel penemuduga masa tu bagi tugasan untuk kami berdebat mengenai topik yang diberi.. Panel membahagikan kami kepada dua kumpulan (pencadang dan pembangkang) dan masa 15 minit diberikan untuk kami berbincang dalam kumpulan.. Masa diberikan kepada setiap orang untuk melontarkan hujah adalah 2 minit SAHAJA okay.. 😂So yeah memang sangat berbeza dengan group lain..hahahaha.. rasa macam deja vu PAC pun ada..hahahaha..

Lepas berddebat tu, panel adalah bagi sedikit sebanyak tips interview terutamanya bagi yang pertama kali pergi interview yang memang sangat berguna bagi sis sendiri untuk sis perbaiki diri pada masa depan kelak.. huehuehuehue..

Bagi sis itu adalah pengalaman baru dan sangat berbeza daripada pengalaman-pengalaman lain.. kalau ada rezeki sis dapat kerja ne.. alhamdulillah.. kalau tak dapat sis akan usaha lagi dan akan sentiasa perbaiki diri sis.. nasib baik la assignment dah siap tadi, boleh sambung tulis-tulis dekat sini.. hahahaha.. so itu sahajalah sebanyak sedikit maklumat yang sis masih ingat dan boleh dikongsikan.. semoga ianya memberi manfaat sebab kawan sis pesan "pay back to others".. hehehe.. thank you kawan-kawan sis terutamanya Vit dan Linda sbb bagi banyak tips dan sokongan moral sebelum interview tu.. muah muah.. semoga lepas ini ada lagi pengalaman-pengalaman yang sis boleh kongsikan.. huihuihui.. byee..

7 comments

  1. kputusan yg mana iv perkeso blan oktober 2020 tu dh kluar result april 2021 ni. dari 300 peserta xsilap 50 org je layak. tahniah pd yg dpt tmsuk sy wkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau interview online tu mcm mana wei nak berdebat😭😂

      Delete
    2. Wah tahniah Denzo Vicenzo.. dpt ESO ke? Dkt PPN/PP mana?

      Delete
  2. Hello sis nak tanya. 19hb ni sya ada interview di Perkeso Kota Kinabalu juga, jawatan sebagai Pegawai Eksekutif G19. Boleh tak bagi tips sikit2 pasal jawatann ni dan apa potential question yg mungkin ditanya untuk self-preparation saya nanti? Terima kasih sis

    ReplyDelete