Profession Assessment Centre Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (2020)

Assalamualaikum dan haluuuuuuuuu Malaysia..


Alhamdulillah diberi kesempatan lagi hari ini untuk sis berkongsi pengalaman PAC PPM S41 pada 30 Januari lepas di INTAN Sabah setelah hampir dua hari merehatkan badan yang kesakitan akibat berlari 2.4km.. hahahahahahaha~

PAC kali ne klu ada rezeki adalah klu tak ada tak apa lah.. haha.. apa yg penting sis rasa untuk PAC kali ini sis mahu enjoy dan ambil pengalaman sebanyak mungkin utk perbaiki diri sis.. yala PAC sebelum2 ne sis rasa berbeza dgn kali ne sbb ada potensi bakat dan larian yg mencabar mental dan fizikal sis.. huhu.. but overall PAC kali ne yg paling best sbb sis jumpa raaaaaamaai orang.. hahahha.. (tiberrrrrr) jd izinkan la sis menceritakan dr awal perjalanan PAC ini berlangsung sampai habis hehehehe..

Sis sampai lebih kurang jam 8 pagi di INTAN Sabah untuk pendaftaran bagi tunjuk surat panggilan dan isi apa semua urusetia bagi nombor badan mcm biasa la.. lepas tu boleh masuk dewan.. masa masuk tu tgk ramainya calon weyhhhhhhhh.. nervous sis.. haha.. tp sis abaikan saja perasaan itu dan biarkan ianya berlalu pergi.. cehhhh.. dalam lebih kurang setengah jam sis duduk dalam dewan tu sambil-sambil isi borang declaration sama ada sihat ke tak pada hari tersebut nak ikut aktiviti-aktiviti larian dan etc baru la ada pegawai datang bagi Aktiviti 1 iaitu taklimat untuk perjalanan program dan tayangan video.. masa tu serius sedih, lagi sedih dgr bgm video tu.. (sob~ sob~ ) habis ja tayangan video tu.. diorang edarkan borang soal selidik la lebih kurang mcm feedback tentang perasaan lepas tgk video tu.. bila semua dah selesai jawab barulah semua 116 calon di bahagikan kepada 10 kumpulan dan dibawa ke bilik perbincangan mengikut kumpulan.. sebelum aktiviti 2 di jalankan setiap calon akan diberi tajuk untuk aktiviti public speaking.. tajuk dalam kertas kecil di terbalikkan atas meja then setiap calon tarik la mana2 kertas yang diorang nak.. hoho~ lps tu baru diberikan masa dalam lebih kurang setengah jam persediaan sebelum aktiviti 2 dimulakan..

Aktiviti 2: Perbincangan Kajian Kes
Untuk aktiviti kedua ini adalah aktiviti perbincangan kajian kes.. untuk group sis, kami dapat tajuk "Gelandangan.. apakah kesudahannya? Bincangkan" haaaaaa.. ambek kau.. hahaha.. nampak mcm senang tapi susah sikit.. masa perbincangan ne ada panel yg bagi kebebasan untuk calon bincangkan isu tersebut mengikut kreativiti sendiri.. waktu perbincangan ne panel bg 15 minit untuk calon-calon bersedia dan 65 minit tempoh perbincangan.. jadi gunakanlah masa persediaan itu bersama ahli kumpulan dengan baik.. nama pun perbincangan kan klu boleh jangan terlalu tamak untuk melontarkan idea anda, beri laluan kepada calon lain untuk melontarkan idea mereka juga.. sekiranya terdapat percanggahan idea klu boleh jadi profesional.. perbincangan ada adabnya kan? ~_^

Aktiviti 3: Public Speaking
In this activity, each candidate is given their own public speaking topic. There is no time given for candidates to prepare as the topic is already given before the start of activity 2. So every candidate should use their free time wisely to find their own ideas. Each individual is given 4 minutes to speak in front of the panels and their group members. At this time I don't even remember what I'm talking about in front of my group members (haha) but my topic was "Are the financial rewards is the only way to achieve employee loyalty?" (excuse my broken english hahahahahaha) 

Setelah aktiviti selesai dijalankan, kesemua calon diberikan masa rehat untuk makan, solat dan menukar pakaian bagi aktiviti sebelah petang pula.. pastikan anda semua menepati masa untuk aktiviti yang seterusnya tau.. jgn bagi panel tertunggu-tunggu..

Aktiviti 4: Potensi Bakat
Untuk aktiviti ini pula, sis first time dengar.. hahaha.. ingatkan nak nyanyi ke apa.. habislah.. rupanya aktiviti dia lebih kepada aktiviti team building.. yang mana aktiviti ne memerlukan peserta untuk sentiasa peka kepada arahan panel.. klu tak peka ha habis la terpinga-pinga mcm team sis hari tu hahaha.. team sis pada awalnya antara yg lambat lengkapkan arahan sebab xfaham arahan.. tp syukur antara yg dapat siapkan arahan diberi sebelum masanya.. masa tu aktiviti masukkan bola ping pong ke dalam cawan kertas menggunakan tali.. aktiviti seterusnya pula adalah aktiviti cheers yg mana panel akan beri tiga tema dan setiap kumpulan kena buat cheers mereka berdasarkan tema-tema tersebut.. 

Aktiviti 5: Larian 2.4km
Aktiviti ne macam biasa la.. lari sepanjang 2.4km.. sebelum larian tu panel akan bawa kita panaskan badan dlu.. sepanjang larian pun panel-panel semua akan pantau kita.. dan bagi kata-kata semangat untuk kita teruskan larian, tapi klu dah rasa tak mampu sangat jangan paksa la.. sampai ke destinasi kita akan serahkan nombor badan kepada panel menandakan kita berjaya habiskan larian tersebut.. dan lepas tu bersama-sama buat penyejukan badan.. and boleh dah bersurai lepas tu yeayyy.. 

Bagi sis PAC kali ne memang satu pengalaman yg paling best walaupun dah kali ke 3 ikut PAC.. semua panel dan pegawai masa tu pun sangat2 peramah dan bagi semangat.. dapat or tak sis serahkan dengan Allah.. yg penting sis dah buat yg terbaik sis mampu.. rezeki takkan pernah tersalah alamat cepat mahupun lambat.. kepada yg dah lepas PAC jangan lupa pula ujian psikometrik kita pada 4 Febuari ne.. Good luck semua!! ^_^

3 comments

  1. amacam result interview ? dapat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat.. hehe berlum rezeki saya.. ^^

      Delete
  2. Salam perkenalan, saya nak tanya terkini 2024, puan sudah berjaya dalam mana mana jawatan ke? saya sedang mencari info berkaitan PAC/Ujian Bakat dengan lebih mendalam

    ReplyDelete