Temuduga Pegawai Psikologi S41 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2021
Assalamualaikum.. halu haluuuu..
Kali ini aku nak share pengalaman temuduga jawatan lain pulak iaitu jawatan Pegawai Psikologi S41.. so ni kiranya first time aku apply jawatan ni sebab aku pun dah habiskan master aku dalam bidang psikologi kaunseling.. sebelum dapat temuduga ni of course kena buat ujian psikometrik dulu.. alhamdulillah aku lulus ujian tu..
Tapi sebelum tu aku nak cerita hasil keputusan temuduga PERKESO pada entry yang lepas.. dipendekkan cerita akhirnya aku lulus temuduga tu!! Yeay!! Sekian lama aku mohon kerja dekat PERKESO akhirnya dapat juga pada tahun 2021.. aku iv untuk 3 jawatan tapi tidak la bermakna dapat ketiga-tiga tu.. jawatan yang ditawarkan adalah jawatan Penolong Pengurus Kes Gred 19.. perasaan aku masa tu bercampur baur.. sebabnya tawaran kerja tu datang 2 minggu sebelum tarikh aku nak kahwin.. hahaha.. so aku dilemma masa tu sebab pasangan aku sebenarnya kerja dekat negeri lain.. dah plan lepas kahwin aku akan ikut dia pindah.. tapi kalau aku ambil kerja tu kami kena PJJ la dulu.. dan aku bersyukur sebab pasangan aku bagi peluang untuk aku ambil kerja tu.. berjauhan lah kami untuk seketika..
Dah tak mahu melalut sangat aku nak cerita pengalaman aku untuk temuduga SPA ni yang juga pertama kalinya secara atas talian.. kira ni jawatan pertama yang aku iv secara atas talian la.. so of course perkara pertama dalam kepala aku adalah talian internet.. nasib baik lah rumah mertua aku memang dah ada WiFi so tak risau sangat.. dan masa ni aku dah kerja dekat PERKESO.. terpaksalah aku mohon cuti khas untuk iv ni saja.. hahahaha..
Bagi aku iv secara atas talian ni lagi mudah dan menjimatkan.. cumanya satu satu cabaran terbesar adalah internet.. kalau dekat area pedalaman ni memang mencabarlah talian internetnya.. kena plan betul-betul masa iv tu nak buat dekat mana.. aku tak heran kalau ada yang sanggup bergerak ke tempat lain dan sewa hotel untuk dapat capaian internet yang lebih baik.. tetapi prosedur untuk iv SPA secara atas talian ini jauh berbeza dan bagi aku macam agak strict sikit.. sebab sehari sebelum iv tu akan ada simulasi dan sekiranya calon tak berjaya hadir semasa simulasi tu akan dikira gagal dan tak dibenarkan hadir semasa iv tu nanti.. seramm.. huhuhuu~
Tapi jangan risau.. dalam emel jemputan temuduga tu ada arahan terperinci pasal macam mana nak iv secara atas talian ni.. sebelum iv juga korang kena lengkapkan semua dokumen yang diminta untuk dimuat naik ke MyResume.. kat bawah ni aku copy paste ajelah arahan untuk sesi simulasi yang ada dalam emel tu korang boleh baca..
" 4. Tuan/ Puan juga adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi simulasi temu duga yang akan dilaksanakan satu (1) hari sebelum tarikh temu duga ini dijadualkan. Kegagalan tuan/ puan menghadiri sesi simulasi akan disifatkan sebagai ketidakhadiran ke temu duga ini. Butiran lanjut sesi simulasi tersebut akan dimaklumkan kepada tuan/ puan melalui e-mel selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh simulasi.
5. Bagi menghadiri sesi simulasi dan urusan TSOI, tuan/ puan adalah dikehendaki untuk bersedia dengan kemudahan video conference sekurang-kurangnya mempunyai spesifikasi seperti berikut:
(a) | peranti elektronik: | |
(i) | komputer riba (Microsoft Windows): | |
Windows PC recommended minimum system requirements – Windows 7 Service Pack 1 and later. Intel Dual-Core CPU 2.XX GHz atau AMD processor (recommended minimum 4GB of RAM); atau | ||
(ii) | Macbook: | |
Mac recommended minimum system requirements – macOS 10.12 and later on a supported Mac. M1 chip/ Intel CPU-based (recommended minimum 4GB of RAM); atau | ||
(iii) | telefon bimbit: | |
• Apple iPhone/ iPad – iOS 13.0 and later/ iPadOS13.1 and later; atau | ||
• Android smartphones – Oreo 8.0 and later (2GB of RAM required); dan | ||
(b) | keperluan rangkaian internet dengan capaian minimum 2.0 Mbps (bidirectional i.e. sending and receiving). |
6. Sebarang pengemukaan maklumat palsu atau kegagalan tuan/ puan untuk mematuhi ketetapan seperti di perenggan 3 serta Panduan Menghadiri Temu Duga Secara Online In situ (TSOI) seperti di Lampiran B boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan ini atau masa hadapan.
7. Sila rujuk Panduan Teknikal Bagi Calon Temu Duga Secara Online In situ (TSOI) seperti di Lampiran C bagi persediaan teknikal. "
Lampiran tu korang boleh klik dan boleh tengok panduan yang diberi.. actually panduan ni ada saja kalau cari dekat internet, tapi saja nak memudahkan korang.. ^^,
Iv SPA ni prosedurnya sama saja macam iv secara bersemuka.. akan ada dua panel yang akan menemuduga kita dan sebenarnya masa sesi simulasi tu korang boleh jak nak tanya apa-apa soalan dekat urusetia sebagai langkah persediaan untuk iv keesokan harinya.. so masa sesi simulasi aku hari tu aku tanya nama panel/jawatan panel penemuduga.. don't worry dorg jawab saja soalan kita tak ada masalah.. tapi nama panel dorg tak bagi la.. dorg bagitau panggilan saja contoh macam Datuk/Datin/Tuan/Puan.. so masa nak address panel tu nampak la korang macam dah prepare masa iv tu kan.. hihihihi..
So masuk soalan iv ni macam biasalah.. soalan pertama mestilah introduce yourself.. ni sama saja macam entry aku sebelum ni.. soalan seterusnya adalah;
1. Panel tanya latar belakang pekerjaan aku masa tu, so aku explain la apa bidang tugas jawatan aku dalam PERKESO.
2. Sebelum masuk soalan kedua ni panel ada explain skop kerja jawatan ni adalah di bawah One Stop Centre for Addiction (OSCA) dan akan ditempatkan di salah satu Klinik Cure and Care di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). So soalan panel adalah "apakah pendekatan psychotherapy yang boleh digunakan dalam merawat ketagihan?" (lebih kurang mcm tu la soalan dia)
3. Soalan ketiga tu dia minta kita elaborate la macam mana pendekatan psychoterapy yang kita cakap tu digunakan dalam merawat ketagihan tu.
4. Soalan ke empat ni adalah soalan tricky daripada panel yang sorang lagi. Soalan dia adalah "Jika diberi pilihan antara kekayaan dan kesihatan, mana satu yang awak akan pilih?" Haaaa ni aku tak jangka soalan dia dan aku tak ulangkaji pun hahahaha.. pandai-pandailah korg goreng cukup masak.. >.<
Itulah antara soalan-soalan yang aku dapat masa iv jawatan ni.. dan nasib baik jugaklah internet aku bagi kerjasama masa tu, risau jugak aku internet buat hal kan.. hahahaha.. habis iv baru aku nak nervous sebab masa ni beriya aku nak jadi pegawai psikologi.. hahaha.. tapi bukan rezeki.. keputusan keluar beberapa minggu kemudian dan aku tak berjaya.. huhu.. but sokay.. dapat la juga pengalaman baru nak iv jawatan ni kan.. boleh la tambah baik untuk masa akan datanggg..
Jadi itu sahajalah perkongsian aku setakat ni.. next entry aku nak share pengalaman temuduga jawatan Pengurus Kes Gred 23 di PERKESO secara atas talian.. haaa.. kalau yang dah baca pengalaman-pengalaman iv aku dengan PERKESO ni tahulah kan iv PERKESO manalah pernah secara individu.. mesti group iv.. tapi macam mana iv secara atas talian kalau secara berkumpulan? Macam mana nak berdebat secara atas talian??
Haaa banyak la persoalan aku juga masa tu.. so stay tuned okay.. insyaAllah aku akan share as soon as possible juga sebab aku ada upcoming iv PERKESO atas talian bulan Oktober 2022 ne.. huhuhu..
To be continued...
0 comments